Kehidupan @ Snap

Di Snap, kerja hanyalah sebahagian daripada cerita anda. Kami adalah komuniti yang dibina di atas hubungan yang tulen, kreativiti dan keprihatinan — tempat anda boleh memberikan impak dan berkembang bersama mereka yang mengenali dan menyokong diri anda yang sebenar.


Jika anda mencari tempat yang anda boleh menjadi kreatif, marasai rasa kebersamaan dan membina masa depan hubungan sosial, anda akan menemukannya di sini.

Nilai kami

Nilai kami mewakili identiti dan aspirasi kami.

Prihatin

Kami mendengar dari hati, berfikir secara empati dan membantu satu sama lain untuk berkembang.

Pintar

Kami berfikir secara mendalam, mempersoalkan kebiasaan dan berusaha untuk tidak pernah berhenti belajar.

Kreatif

Kami mencabar status quo untuk menghasilkan sesuatu dengan tujuan yang jelas.


Snap Philanthropy

Misi Snap Philanthropy adalah untuk memperkasakan pelajar daripada komuniti yang kekurangan sumber dengan menyokong akses dan pendedahan kepada laluan kerjaya dalam teknologi.


Kami melengkapkan usaha ini dengan memupuk kesejahteraan komuniti melalui kesukarelawanan yang dirancang secara teliti dan dilaksanakan secara langsung di lokasi pejabat Snap di seluruh dunia. Melalui usaha kami, kami mengambil pendekatan yang tersendiri dalam mereka bentuk program filantropi dan melibatkan komuniti – mengutamakan hubungan, keaslian dan tujuan yang jelas untuk menghasilkan inisiatif yang meninggalkan kesan yang berkekalan.

Di Snap, terdapat banyak peluang untuk memberikan impak! Setiap tahun, ahli pasukan mengamalkan nilai kebaikan Snap dengan menyumbangkan ribuan jam kerja sukarela untuk berkhidmat kepada komuniti kami di seluruh dunia. Sebagai syarikat, kami komited untuk membawa perubahan di peringkat global dengan bertindak di peringkat tempatan.



Apakah Majlis?


Di Snap, Majlis telah menjadi sebahagian daripada budaya kami sejak awal lagi. Ini ialah amalan mendengar di mana orang berkumpul untuk berkongsi cerita, mendengar secara mendalam dan memahami satu sama lain dengan lebih baik. Dengan mewujudkan ruang untuk setiap suara didengari, Majlis membantu untuk membina empati, mengukuhkan kolaborasi dan memupuk rasa keterhubungan yang membentuk cara kita bekerja bersama.




Lihat Snap melalui sudut pandangan kami

Cara terbaik untuk memahami kehidupan di Snap adalah melalui orang yang mengalaminya setiap hari.